BM | EN
Aduan
Bantuan

Skim Bantuan Pendaftaran

Bantuan kewangan RM500 one-off kepada pelajar baharu anak Johor yang baru mendaftar di IPTA dan Kolej Universiti YPJ (KPYPJ).

Nilai BantuanRM500 (One-Off)
Peringkat PengajianPelajar Baharu IPT
Institusi LayakIPTA & KPYPJ
Status Permohonan● Terbuka

Skim Bantuan Pendaftaran adalah bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 yang disediakan oleh YPJ untuk meringankan kos pendaftaran awal pelajar baharu anak Johor. Bantuan ini tidak perlu dibayar balik.

Manfaat

  • RM500 tunai tidak perlu dibayar balik
  • Dibayar terus ke akaun bank penerima/ wakil dun
  • Proses permohonan yang mudah dan pantas
  1. Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor tidak kurang daripada lima (5) tahun;
  2. Permohonan terbuka kepada Pelajar IPTA Sepenuh Masa: (Universiti, Politeknik & Kolej / Institusi) di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda – Rujuk Senarai MQA – pengajian Tahun 2025;
  3. Permohonan terbuka kepada Pelajar IPTS Sepenuh Masa: Kumpulan Pendidikan YPJ di peringkat Sijil atau Diploma pengajian Tahun 2025;
  4. Permohonan terbuka kepada Pelajar Program Matrikulasi Sepenuh Masa pengajian Tahun 2025;
  5. Pelajar tahun pertama (Semester 1);
  6. Syarat Pendapatan Keluarga B40;
  7. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
  1. Log Masuk PROLIMS - Layari prolims.ypj.gov.my dan log masuk.
  2. Pilih Skim Bantuan Pendaftaran - Pilih dari senarai program yang tersedia.
  3. Lengkapkan Borang - Isi maklumat peribadi dan institusi pengajian.
  4. Muat Naik Dokumen - Muat naik resit pendaftaran dan dokumen sokongan.
  5. Semak Status - Wang dikreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kelulusan.
  • Salinan MyKad pemohon yang disahkan
  • Surat tawaran atau surat pengesahan pendaftaran dari institusi
  • Resit pendaftaran semester semasa
  • Salinan MyKad ibu bapa / penjaga yang disahkan
  • Slip gaji atau penyata pendapatan ibu bapa (3 bulan terkini)
  • Nombor akaun bank pemohon

Bersedia untuk Memohon?

Mohon melalui portal PROLIMS hari ini dan mulakan perjalanan pendidikan anda.

Mohon Sekarang